Organisation

About WTM

Pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah Pesuruh Jaya Sukan Malaysia pada 03 08 1998 dan sebagai Wheelchair Tenis Malaysia (WTM). Persatuan Wheelchair Tenis Malaysia ini merupakan satu platform yang khusus bagi melahirkan atlit-atlit kebangsaan dan antarabangsa.

Persatuan ini mempunyai ahli seramai lebih dari 50 orang iaitu kebanyakannya dari Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak,Negeri Sembilan,Melaka dan Pulau Pinang.

Telah terbukti atlit dari persatuan ini telah berjaya memenangi banyak pingat di Kejohanan Asia dan juga Eropah.

Objektif

Tujuan utama WTM ditubuhkan adalah:
  • Mendedahkan permainan Tenis Berkerusi Roda kepada umum di Malaysia dan juga luar negara.
  • Memperkenalkan sukan Tenis Berkerusi Roda pada setiap negeri dan membuka mata masyarakat supaya mengenali sukan Tenis Kerusi Roda atau dalam bahasa inggerisnya Wheelchair Tenis.

Bilangan Ahli Untuk 2012

  • Setakat ini WTM mempunyai 30 ahli yang aktif dan 25 ahli kurang aktif.
  • Ahli dari Kuala Lumpur seramai 38 orang,Negeri Perak10 orang dan dari Pulau Pinang 8 orang.
  • Ada beberapa factor kenapa masih kekurangan ahli dari negeri lain dan kami dalam proses menyelidik perkara ini.